Sunday, February 14, 2010

DOA BUAT SAHABAT..DAN AKU


Hidup ini penuh dengan pelbagai cerita..cerita suka, duka, masam manis semua pasti di alami oleh setiap manusia yang menumpang di muka bumi Allah ini...setiap manusia mempunyai kisah serta perjalanan hidup masing masing yang pastinya membentuk peribadi seseorang. hidup penuh dengan teka teki dan kejutan. Semakin banyak peristiwa serta cabaran yang pasti berlaku apabila meningkat dewasa..ya Allah, berikan kami hamba Mu ini kekuatan yang tidak berbelah bagi. Jauhkanlah kami dr melakukan kesilapan yang boleh membawa kepada penyesalan berterusan.

Aku hidup pada hari ini dengan penuh kesyukuran...segala rezeki dan nikmat yang engkau anugerahkan tidak ternilai harganya. Namun tat kali aku juga lupa kedudukan aku di muka bumi ini..aku lalai, aku terlalu mengejar kebendaan, keseronokan..sedangkan semua yang aku kecapi adalah milik Mu.. Hari ini aku sedar, terima kasih ya Allah..kerana masih memberi peluang kepada hamba Mu ini kembali memperbetulkan segala kesalahan dan kesilapan..aku akan berusaha memperbaiki kelemahan diri..walaupn begitu,saat ini aku amat dukacita terhadap nasib yang menimpa sahabat yang paling aku sayangi..semoga Allah sentiasa memberi kekuatan pada dirinya. Jauhilan dia dari segala malapetaka serta anugerahkan beliau ketenangan serta kejayaan. Ketika ini air mata ku jatuh....saat tersedar yang Allah telah menyampaikan dia sebagai peringatan buat diriku yang lalai dan jahil ini. Terima Kasih ya Allah..ampunkanlah dosa2 ku..aku juga berjanji akan melindungi sahabatku yang lemah itu.....end

No comments:

Post a Comment