Sunday, February 7, 2010

Tips2 Diet yang Simple


Bagi mereka yang nak kurangkan badan tu..ad beberapa tips simple dari saya. Cara2 ni saya amalkan bila agak urgent la nak kurangkan berat badan neh..Alhamdulillah kesan dah boleh nampak dalam 2minggu. kira sebulan tu dah agak obvious la.

Ok, yang paling penting sekali...

a) Kene ad matlamat!! tny diri sendiri..apa tujuan utama nak kurus. hah, bila nak nampak kurus..tetapkan satu target masa contohnya 1 bulan (tp jgnlah nk cepat sgt). Biasanya tujuan nye..nk jumpa mak mertua ker, nk pakai cantik2 g dinner ker, jeles tgk member slim ker, baju dah x muat ker...ha, yg ni paling penting. bila baju dah x muat..membazir jer beli baju baru..baik slim, ade gak paedah. leh pakai baju lama2 yg still cantik lagi tu..

b) Ok, no.2..jangan membazir. Xpayah le beli produk2 yang mahal2 tu. hasilnya belum tentu lagi. stil gak kene kurangkan makan and bersenam. Cuba korang pikir..baik simpan duit tu. Bila diet, makan of course lah kene kurang jugak..HAH! kan dah boleh jimat berkali ganda. boleh simpan duit tu beli benda lain plak..hehe

c) Ketiga, kene DISIPLIN...kalo dah ad target mmgla automatik jadi disiplin. sbb tu saya mention tu first sekali. x jeles ke tgk badan org cantek2. jeles woo..ok, bz mcm mana pun korang..nak x nak kene joging jugak..pg2 ker..ptg2 ker...buatla seberapa byk pun..makin tinggi motivasi..makin banyak pusingan. hahha. Kalo bekerja bawak sekali baju sukan tu. habis time kerja lari la kat mana2 jap. bagi yang xda tempat nk jog tu..aimed satu tempat yang mudah dan selamat nk jog. kalo susah sgt..menari dalam bilek pun berkesan gak.(time ni pasang la muzik rancak2).badan pon cantik....huh. Ingat..joging ni wajib dalam tempoh target korang tuh! kalo nak cepat kurus.

d) Makanan...mcm biasala, nk cepat jgn amek nasi. makan sayur2 and sup2. pagi2 tu amekla air susu dan biskut. tgahari dah sibuk keje tu x payah la makan. bekal air masak n buah-buahan ker. lapar jer minum. selalunya saya ni lapar time malam2.so, ptg2 tu makan lah berat sikit. time ni amek la bihun ke sup2 ker. jgn amek goreng2. awal2 stage x leh terkejut sgt perut. kene makan. semakain hari..sedikit2 kurangkan kuantiti makanan yang diambil. lewat2 malam yang berjaga tu amek buah-buahan jer kalo lapar..then byk minum air masak. InsyaAllah korang xkan rasa lapar pon.

e) mulut korang jenis kuat mengunyah kan? haha..sedekahkan makanan2 ringan tu kat org lain yng lebih memerlukan.kosongkan almari..penuhkan peti ngan buah-buahan jer. kalo dah mengunyah nnt habislah diet. megi2 ngn fast food ni jgn cuba2 nak amek. berpuasalah dulu makan bende2 tu..buakn sedap sangat pon. buat gemok jer. nanti dah slim baru la amek balik (oppss..sekali sekala jer! kalo nk maintain).

f) Bagi yang muslim tu..berpuasalah selalu. Bukan setakat boleh kurus..dapat pahala lagi. yang ni sll gakk saya amalkan.. pasal, time lunch jer ad la org nak ajak makan sama. hehee. so bila puasa, xda la korang ingt nk makan. kalo ingt pon..ingat2lah korang berpuasa. tp xpayah la pose hari2.inin n kamis pun dah okey.

g) Bagi tau kat member2 rapat korang yang korang ni tgh berdiet. mintak sokongan dr dierang. Jgn malu2. kalo korang senyap2 x pasal2 dia offer makanan sedap2 then korang x tahan la pulak. So, bila dia ajak makan..follow jer. tp kuantiti yg korang amek tu paling minima. makan sup2 ker..minum jer ker. x kesahla..asal isi perut. mmg kenyang nyer kalo korang dah muktamad. Bila dah bagi tau org beria2 nk kurus..sekurang-kurangnya korang malu la kalo makan bnyak. iyer2 jer nk kurus, tp kuat makan. haha

h) Biasanya, org2 gemuk ni mmg kuat makan n mengunyah berbanding org2 kurus ni. kuantiti makanan yng diambil pon selalu berlebih2. haha. time makan tu..ingt setiap suap tu boleh mengenyangkan. kira psiko kan diri sendiri la. heheh

Tu jerla beberapa tips simple. Alhamdulillah..saya berjaya mengurangkan berat badan dlm tempoh yang ditetapkan. saya berjaya kurang 14 kg dlm tempoh dua bulan. so sekarang nak maintai kan jer. perut pon xda boleh accept byk food mcm dulu2. hopefully boleh maintain kan badan lagi. good luck u all..

1 comment: