Tuesday, May 5, 2009

BELUM ADA KES INFLUENZA A DI MALAYSIA!!


Alhamdulillah....


Malaysia masih bebas daripada penyakit berjangkit ini. Mereka yang telah ditahan di hospital untuk mengenal pasti penyakit telah pun dibebaskan. Namun sebaliknya pula yang berlaku di peringkat global...dimana terdapat 21 buah negara termasuk portugal, Itali dan Ireland yang paling ternaru dikenal pasti dan kini sedang berdepan dengan wabak itu. Sebanyak 959 kes baru dgn 26 kematian telah dicatat dan Mexico berada pada tangga teratas dgn 25 kes kematian dan 590 kes baru manakala satu kes kematian dan 226 kes baru di America Syarikat di 35 buah negeri. Satu sumber memberitahu bahawa Mexico menghantar pesawat untuk mengambil rakyat Mexico seramai 70 orang yang sedang dikuarantin di beberapa daerah China. Di Asia pula dilaporkan terdapat kes baru dimana seorang warga Mexico yang menetap sebuah hotel di Hong Kong telah disahkan menghidap virus itu dan kuarantin terhadap hotel itu telah pun berkuatkuasa semalam (3Mei2009). Di Thailand pula, 3 pelajar tempatan yg baru pulang dari Mexico bagi progam pertukaran pelajar asing telahpun dikuarantin selepas mengadu demam manakala 11 yang lain turut serta rombongan tersebut sedang dalam pemerhatian. Justeru itu Thailand telah meningkatkan kadar pengawalam terhadap penyakit berjangkit itu terutama pintu masuk Lapangan Terbang dan Thailand akan mengetuai mesyurat tergempar yang akan membincangkan tentang permasalahan ini.


Penulis berharap dan berdoa agar penyakit ini tidak menular dengan lebih dasyat kerana penulis percaya ia mampu memusnahkan dunia secara halus. Penulis juga berharap penemuaan segera ubatan atau lebih tepat lagi vaksin yang mampu melemahkan virus itu serta mempekuatkan sistem imune badan. Baru2 ini penulis terdengar tentang penemuan vaksin itu namun sejauh mana kesannya masih tidak dikenalpasti. Hurmm..agak drastik juga penemuan vaksin itu, ad juga sedikit kepercayaan yang mereka yg menjumpai vaksin tersebut mungkin juga mereka yang mula menyebarkan virus tersebut. Tapi ini adalah andaian penulis sahaja bedasarkan pengalaman penulis yang juga sedikit sebanyak bekerja dengan virus. Sebab setahu penulis, memang agak mudah hendak membiakkan virus, tetapi agak sukar juga untuk menyediakan vaksin. Namun apapun mereka yang pakar lebih bijak, tangkas dan lebih professional. Apa2 pun jagalah kebesihan diri..take care
Sumber Berita: TV3

No comments:

Post a Comment