Saturday, May 2, 2009

Influenza A in Mexico (latests new)

Kadar kematian selesema babi Mexico meningkat 19

MEXICO: Menteri Kesihatan Mexico, Jose Angel Cordova, berkata jumlah kes selesema babi yang disahkan meningkat kepada 473, termasuk 19 maut. Angka kematian yang disahkan sebelum ini adalah 16 mangsa. Cordova menyeru orang ramai untuk tidak leka dalam berdepan dengan virus berkenaan yang sudah membunuh 17 mangsa dan ia merebak ke Asia dan Eropah. Pakar memberi amaran bahawa virus berkenaan boleh bermutasi dan kembali menyerang dengan niat untuk membalas dendam. Beliau berkata demikian ketika bercakap di sidang media semalam. Kes yang berlaku di luar Mexico mencadangkan regangan selesema babi yang baru adalah lebih lemah daripada apa yang ditakuti. Tetapi, kerajaan tetap bertindak bagi melarang penerbangan dan bersedia dengan rancangan kuarantin.

sumber berita: Berita Harian

No comments:

Post a Comment