Friday, October 22, 2010

My Life..An Update


Salam Satu Malaysia,

Lamanya x menulis blog..=)
Bukan ap., xda cerita menarik untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat semua..
tp kali ini, mmg ad cerita menarik. Menarik untuk aku tp x pasti pulak menarik untuk org lain.=D
Setiap individu punya target tersendiri. Bukan setakat pemimpin negara sahaja yang nk merialisasikan wawasan 2020, malah sekecik2 umat pon mgkin punya target serta sasaran untuk kemajuan diri sendiri. Seperti aku jugak aku punya matlamat. Ala..matlamat biasa2 sahaja. yG pasti matlamat tu logik & boleh diterima dek akal. contohnya mcm tetiba nk jd jutawan dlm masa setahun. tipooo la kan.he3.

adoyai, panjang pulak melalut. Ok, sejak awal tahun 2010. X silap aku Mac 2010..aku telah menulis tiga perkara penting yg perlu dicapai sebelum berakhirnya tahun 2010. alah, coretan kecik dan sempoi2x dalam sebuah buku nota hijau yg dapat free time pergi conference. Tetiba terlintas kat hati dikala mlm sunyi..."aku ni dh 26. tp, apa yg kejayaan yg aku dh kecapi?, mcm membazir masa & x punya matlamat. Sampai bila nk mcm ni. hurmmmm. kene buat sesuatu neh". xdala jd penyangak..walaupun tgh smbung master skang rasa mcm main2 jer. kira blaja dgn enjoy nyer la..best jugak sambung master ni. hahah. leh bangun kol 12. Sebenarnya xda la aku ni looser sgt, dah ad kete, scooter n mcm2 la time tgh blaja pon..alah, duit RA and duit biasiswa la katakan. mewah la jugak. tp kejap jer. untuk tempoh 2 tahun jer. pastu mcm mana nk idup??? huuhu.

okeh..berbalik kepada 3 perkara tersebut. Kalo org lain nk target 3K..aku, lain plak. aku target 2T 1K. Hahahah. pernah dgr x? Xmao bg pening2x. 2T tu bermaksud..T= Tesis, T= Tunang manakala K= Kerja!!!...hihi. Mula2x aku dh give up ni..Kerja la paling penting.dh nak habis 2010 ni. Adoi, kalo x kerja x boleh tunang. huhu. prinsip aku la kan. tup2, family laki dtg merisik pulak. xmao2!! postponed2. x kerja lagi ni. bapak n abang aku pulak nk cepat2. Then aku buatla solat istikarah..berturut-turut sampaila hati aku ckp " Tunang la!! ko nak tggu apa lagi!". Bila aku dh decide nk tunang..tup2x aku dpt kerje. keje gobemen lak tu.Aiseyman..excited gila! Alhamdulillah...nk dijadikan cerita, thesis aku pulak hampir complete. 85% kott..aku try nk siapkan end of November. oH November...YEA!!..matlamat aku hampir tercapai. doakan aku yer kengkawan...muaahhhh

p/s: Deareast cik Hajar Sohif. Hehee..blog ditulis atas permintaanmu. :*

1 comment: