Friday, October 29, 2010

Air mata pengantin lelaki..hehehe








Salam...

smg sahabat semua dlm keadaan sihat hendaknya. Hari ni aku nk share cerita pasal air mata seorg lelaki. Kisah ini berlaku kepada sahabat perjuangan ku. Sama-sama menuntut di Universiti yang sama. Orgnya seorang lelaki yg menjaga solatnya, yg dedikasi terhadap kerjanya, setia pada hubungannya serta bijak dalam berkomunikasi. Semalam (29/10/10) adalah tarikh keramat untuk beliau kerana telah pun bernikah dgn gadis pilihan hatinya yg dikenali semasa menuntut ketika ijazah sarjana muda. Sbg seorg pelajar serta keluarga yg berada jauh nun di seberang laut cina selatan. Beliau sgtlah berdikari disamping mempunyai sahabat2 yg bnyk bersusah payah memastikan beliau selamat mendirikan rumah tangga. Walaupun belum mendapat pendapatan yg tetap, beliau tetap gagah dan bersungguh untuk menunaikan sunah Rasulullah~~

Perjalanan ke rumah pengantin sgt seronok, kawan-kawan sebagai wakil sementelah hanya ibu dan adik beliau yang menghandiri majlis akad nikah tersebut berikutan keadaan ayah beliau yg kurang sehat. Namun begitu, keadaan jalan terlalu sesak dan beliau serta rakan2x gagal tiba di rumah pengantin perempuan seperti yg dirancang~iaitu selepas maghrib. Konvoi yang membawa barang2x pulak telah tersesat dan berpisah-pisah membuatkan masa yang diambil untuk tiba dirumah pengantin perempuan lebih lama. Pengantin mula gelisah~~

Akhirnya beliau tiba di rumah pengantin perempuan selepas solat isya'. Kira-kira jam 9 malam dgn sahabat-sahabat rapat beliau dr pelbagai negara turut serta memberi semangat serta meraikan. Alhamdulillah, dengan 2 kali lafaz, beliau selamat diijabkabulkan. Semua berdoa kesyukuran sambil jurunikah membaca doa kesyukuran. Tanpa diduga, air mata beliau menitis tanpa tertahan. Tangisan yg bersungguh-sungguh seolah-olah ad sesuatu kesusahan yg telah dilemparkan keluar dan diganti dgn kelegaan yg amat. Mgkin rasa syukur atas penat lelah beliau yg selama ini terpendam didalam lubuk hati serta kegembiraan yg tidak berbelah bagi. Tangisan yg jarang sekali boleh kita lihat dr seorang pengantin lelaki!!!. Aku sgt kagumm...dan turut melinangkan air mata(T_T). Moga2 ikatan perkahwinan ini akan berkekalan selamanya~~ Tahniah frenz~:)

No comments:

Post a Comment